Select your language

Buletin INHAD

Lawatan Mahabbah Daripada UIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia

title bar 80

 

15 Januari 2026 (Khamis) - Alhamdulillah, Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) dengan penuh rasa syukur dan penghargaan berbesar hati menerima Lawatan Mahabbah daripada Fakultas Ushuluddin dan Pemikiran Islam, Universitas Islam Negeri (UIN) Sunan Kalijaga, Yogyakarta, Indonesia. Lawatan ilmiah ini mencerminkan kesungguhan bersama dalam memperkukuh jaringan keilmuan serantau berteraskan tradisi akademik Islam yang kukuh dan berwibawa.

Delegasi ini diketuai oleh Wakil Dekan Bidang Akademik, Prof. Dr. Saifuddin Zuhri, dan turut disertai oleh Prof. Dr. H. Robby Habiba Abror, Dekan Fakultas Ushuluddin dan Pemikiran Islam, Dr. Ahmad Salehudin, Wakil Dekan Bidang Kemahasiswaan dan Kerjasama, Achmad Yafik Mursyid, Managing Editor, serta Hj. Siti Latifah, Kepala Bagian Tata Usaha.

Sesi pertemuan dan perbincangan berlangsung dalam suasana penuh keakraban, intelektual dan saling menghormati, dengan tumpuan kepada penerokaan peluang kerjasama akademik, penyelidikan, penerbitan ilmiah, serta pemerkasaan jaringan ukhuwah ilmiah antara kedua-dua institusi. Pertemuan ini bukan sekadar kunjungan rasmi, bahkan menjadi medan pertukaran pandangan dan gagasan yang bernilai dalam usaha memperkaya wacana keilmuan Islam kontemporari.

Semoga Lawatan Mahabbah ini menjadi titik tolak kepada hubungan strategik yang berterusan, memberi manfaat besar kepada pembangunan ilmu, institusi dan ummah, serta memperkukuh peranan INHAD dan UIN Sunan Kalijaga sebagai pusat rujukan ilmu hadis, akidah dan pemikiran Islam di peringkat antarabangsa.

 

inhad

Hubungi Kami

INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD),
Aras Bawah, Blok Akademik 3, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
inhad@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup