Info Institut

Pencapaian

title bar 80

Sepanjang 19 tahun penubuhan, Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) telah memperoleh pencapaian berikut:

Memperoleh 21 Geran Penyelidikan dengan Jumlah RM 779,584.00

Fokus penyelidikan INHAD berkaitan bidang hadis dan akidah. INHAD telah menjalankan 21 penyelidikan semenjak tahun 2014 hingga tahun 2019 dengan geran penyelidikan sebanyak RM 779,584.00 dan 7 orang pembantu penyelidik bergraduat. Sebahagian kajian ini telah didaftarkan dengan MyIPO sebagai langkah pengkomersialan pada masa akan datang.

Menandatangani MoA Penyelidikan bersama Universiti Luar Negara

Pada 28 Ogos 2019, INHAD telah menandatangani MoA Penyelidikan bersama Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) Negara Brunei Darussalam dengan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap universiti. Tajuk penyelidikan ialah Kajian Living Hadis Dalam Masyarakat Malaysia dan Brunei Darussalam.

Manakala Memorandum Persefahaman (MoA) Penyelidikan KUIS dan Yayasan Ikhlas pada tahun 2021 – 2023, selama 2 tahun dengan tajuk Aplikasi Falsafah Ilmu Dalam Peradaban Ummah dan peruntukan sebanyak RM24,000.

Penghasilan Aplikasi Mobile e-Gadis, Pingat Perak dalam Pertandingan PENCIPTA 2019 dan Pingat Emas dalam IRMIC 2019

INHAD juga telah menghasilkan aplikasi mobile e-gadis yang boleh diupload melalui google playstore. Aplikasi yang dibangunkan untuk membantu pegawai pendidikan dan perubatan mengenal pasti gangguan seksual dalam kalangan remaja perempuan dan kanak-kanak. Aplikasi ini telah memenangi Pingat Perak dalam pertandingan PECIPTA 2019 yang diadakan di UTHM dan Pingat Emas dalam 6th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC).

Menerbitkan 40 Jenama Buku dan 17 Siri Jurnal Hadis

INHAD telah menerbitkan lebih daripada 40 buah buku berkaitan hadis dan akidah yang ditulis dalam bahasa Arab dan bahasa Malaysia. INHAD juga mengadakan kerjasama penerbitan bersama Darul Syakir Malaysia dan Darul Syamam Turki dalam usaha menyebarluaskan ilmu pengetahuan berkaitan hadis dan akidah. Selain itu, INHAD juga menerbitkan sebanyak 26 siri Jurnal Hadis secara dwi tahunan semenjak tahun 2011. Bermula tahun 2016 penerbitan Jurnal Hadis dilakukan secara bentuk online.

Menganjurkan INHAD International Muzakarah and Muktamar on Hadith (IMAM) Setiap Tahun

Bagi pembangunan akademi dan intelektual, INHAD telah menganjurkan INHAD International Muzakarah and Muktamar On Hadith (IMAM) pada setiap tahun semenjak tahun 2016. Seminar ini menerima kedatangan hampir 50 orang pembentang daripada luar negara seperti Indonesia, Saudi Arabia, Algeria, Iraq, Mesir, Sudan dan lain-lain negara teluk dengan keuntungan.

Menganjurkan Program Pembangunan Komuniti Setiap Bulan dan Bicara Murabbi Ustaz Abdul Somad Lc MA

INHAD juga menjadi jambatan kepada komuniti masyarakat melalui penganjuran program seperti bengkel takhrij hadis, program pemantapan akidah, bicara sarjana Hadis, daurah pengajian kitab-kitab hadis. INHAD juga menganjurkan Seminar Liberalisme dengan kehadiran peserta seramai 700 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat daripada luar KUIS. Kemuncak program yang dianjurkan INHAD adalah Program Bicara Murabbi oleh Ustaz Abdul Somad Lc. MA pada 13 Februari 2019 dengan kehadiran pengunjung melebihi 10,000 orang dengan sumbangan sebanyak RM35,000 daripada orang ramai.

Membina Jaringan Industri, Akademik dan Penerbitan

INHAD membina jaringan akademik bersama Universiti Islam Sultan Syarif Ali, Brunei (UNISSA), Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Institut Islam Hadhari, (UKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM), Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (USIM) dan Institut Kajian Dakwah Nusantara (KUIM). Begitu juga dengan Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). INHAD juga menjalin hubungan dengan Darul Sunnah dan Darul Hadith Jakarta, Darul Hadith JAKIM, Darul Syakir, Malaysia dan Darul Syamam, Turki, Akademi Jawi Malaysia.

Perancangan INHAD 5 Tahun Akan Datang

Perancangan INHAD untuk lima (5) tahun akan datang ialah untuk menjadi pakar rujuk dalam bidang hadis dan akidah melalui pelaksanaan penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat dan negara. INHAD juga dalam perancangan mewujudkan KURSI bagi meluaskan lagi propek penyelidikan agar seiring dengan tuntutan semasa dan Revolusi Industri 4.0.

inhad

Hubungi Kami

INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD),
Aras Bawah, Blok Akademik 3, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
inhad@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup