Buletin INHAD

UIS Anjur Seminar Pemahaman Aliran Ahli Sunnah wal Jamaah Perkukuh Kefahaman Akidah

title bar 80

 

UIS, 21 Ogos 2025 - Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSPES), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Masjid Al-Azhar Universiti Islam Selangor (UIS) dan Institut Kajian Hadis & Akidah UIS telah menganjurkan Seminar Pemahaman Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah bertempat di Auditorium Adnan Isman, UIS.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Haji Zakaria bin Othman, Pengurus Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSPES) sebelum diteruskan dengan dua slot utama pembentangan.

Seminar ini menampilkan YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Ayman Al-Akiti, Ahli Jawatankuasa Fatwa dan Khutbah Negeri Selangor sebagai pembentang utama yang mengupas:

  • Penjelasan Fatwa Berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah Negeri Selangor Darul Ehsan, termasuk definisi umum, khusus dan paling khusus ASWJ serta pengiktirafan melalui warta kerajaan negeri dan enakmen pentadbiran agama Islam.

  • Ahli Sunnah Wal Jamaah, Manhaj al-Asya‘irah dan al-Maturidiyyah: Suatu Penjelasan, yang menyorot peranan tokoh utama seperti Imam Abu al-Hasan al-Ash‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi di samping memperjelas isu-isu amalan tradisi Islam seperti tawassul, tahlil, mawlid dan istighāthah.

Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zulhizzam bin Hamzah, Pendaftar Universiti Islam Selangor.

Penganjuran seminar ini diharap dapat memperkukuh kefahaman warga UIS dan masyarakat terhadap manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai asas akidah Islam yang sahih, berpaksikan keseimbangan antara wahyu dan akal serta menjadi teras perpaduan ummah.

 

inhad

Hubungi Kami

INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD),
Aras Bawah, Blok Akademik 3, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
inhad@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup