Majlis Jawlah Ilmu: Sama' Hadis Sahih Muslim Bersama Syeikh Dr. Hammam Sa'id
![]()
26 Oktober 2025 (MAA) - Alhamdulillah, Jawlah Ilmu bersama Syeikh Dr. Hammam Sa’id telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Kuliah Mohd Tamyes Abd Wahid UIS. Dianggarkan seramai 300 orang peserta yang hadir dari kalangan mahasiswa UIS & orang awam.
Turut hadir dan memberikan ucapan dalam majlis ini YBhg. Dato' Mohd Farid Ravi Bin Abdullah (Naib Canselor UIS) dan Dato' Wira Khairuddin Aman Razali (Penasihat Agama Timbalan Perdana Menteri selaku koordinator bagi Majlis Sama' Hadis serta Ust Muhammad Fairuz Yusoff selaku Nazir Masjid Al-Azhar merangkap Pengarah Program ini.
Majlis yang penuh pengisian ini mempertemukan kita dengan tokoh ulama hadis terkemuka, Syeikh Dr. Hammam Sa’id, dalam sesi Sama’ Hadis Sahih Muslim serta pengijazahan sanad terus daripada Syeikh.
Para peserta bukan sahaja berpeluang mendengar bacaan-bacaan hadis Nabi daripada Syeikh, malah turut merasai keindahan dan kesempurnaan sunnah Rasulullah ﷺ.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak penganjur, urusetia, dan hadirin yang memeriahkan majlis ini.
Moga setiap langkah yang hadir diberkati dan menjadi saksi cinta kita kepada ilmu dan ulama.
