Buletin INHAD

Sanggar Kerja Pusat Kecemerlangan (Retreat COE)

title bar 80

 

Melaka, 23 hingga 25 Januari 2026 (Jumaat hingga Ahad) – Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) telah menganjurkan Program Sanggar Kerja Pusat Kecemerlangan (Retreat CoE) yang menghimpunkan semua bahagian di bawah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri) termasuk INHAD, IRCIEF, HARIS, CIES, IICT dan ICESCO.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran barisan pengurusan tertinggi Universiti Islam Selangor (UIS) iaitu Dr. Latifa Bibi binti Musafar Hameed, Encik Zulhizzam bin Hamzah, Puan Nor Hafizin binti Abdul Wahab serta Encik Muhamad Fazaizul Razali, sebagai tanda sokongan padu terhadap agenda kecemerlangan institusi.

Sanggar kerja ini menjadi platform penting dalam menetapkan hala tuju strategik tahun baharu melalui pengukuhan visi, peningkatan prestasi serta penambahbaikan tadbir urus dan kecekapan operasi. Di samping itu, kolaborasi strategik turut diperkasa dan pelbagai cadangan penambahbaikan dirangka bagi meningkatkan mutu penyelidikan, inovasi serta kualiti perkhidmatan.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan dan mengangkat peranan Pusat Kecemerlangan UIS ke tahap yang lebih tinggi.

 

inhad

Hubungi Kami

INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD),
Aras Bawah, Blok Akademik 3, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
inhad@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup