Buletin INHAD

Program Tadabbur Buku Surah Al-Fatihah sebagai Asas Akidah bersama Dato' Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah

title bar 80

 

Bangi, 14 Mac 2026 (Selasa) – Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD) bersama Penerbit Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Majlis Tadabbur Surah Al-Fatihah: Merungkai Keindahan Kalam Allah di Bangi Avenue Convention Centre, sebuah majlis penuh penghayatan yang menyatukan pencinta ilmu dan warga UIS dalam suasana penuh keberkatan.

Majlis ini menampilkan Naib Canselor UIS, Dato’ Prof. Dr. Mohd Farid Ravi bin Abdullah, yang menyampaikan kupasan mendalam tentang Surah Al-Fatihah sebagai asas akidah dan panduan hidup seorang Muslim. Beliau menegaskan bahawa surah ini bukan sekadar pembuka Al-Quran, tetapi mengandungi inti pati tauhid serta doa yang menjadi nadi dalam setiap ibadah harian umat Islam.

Keindahan majlis turut diserikan dengan tayangan montaj peluncuran Buku Tadabbur Surah Al-Fatihah, yang sebelum ini telah disempurnakan oleh DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin sempena Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al-Azhar UIS pada 6 Mac lalu, bersempena Sambutan Jubli Perak: 25 Tahun Berdaulat, Al-Quran Diangkat.

Sesi perkongsian ilmu yang dikendalikan oleh moderator, Ustaz Mohd Asri bin Ishak, berlangsung dalam suasana interaktif dengan soal jawab yang membuka ruang kepada peserta untuk memahami lebih mendalam makna Surah Al-Fatihah dalam kehidupan seharian.

Majlis yang penuh keberkatan ini diakhiri dengan sesi bergambar, ramah mesra, serta autograf buku bersama Dato’ Naib Canselor meninggalkan kenangan indah buat semua yang hadir, sekaligus mengukuhkan lagi kecintaan terhadap Kalamullah.

 

 

 

 

inhad

Hubungi Kami

INSTITUT KAJIAN HADIS & AKIDAH (INHAD),
Aras Bawah, Blok Akademik 3, Universiti Islam Selangor (UIS),
Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor, MALAYSIA.
+603 8911 7000
inhad@uis.edu.my

Waktu Operasi

  • Isnin - Jumaat :
    8:00 pagi - 5:30 petang
  • Rehat (Isnin - Khamis) :
    1:00 - 2:00 petang
  • Rehat (Jumaat) :
    12:15 - 2:45 petang
  • Sabtu - Ahad :
    Tutup