Open Day Centres of Excellence, RIMC & UIS Press Perkukuh Budaya Penyelidikan UIS
![]()
Bangi, 27 Februari 2026 (jumaat) - Universiti Islam Selangor (UIS) telah menganjurkan Open Day Centres of Excellence bersama Research, Innovation and Management Centre (RIMC) dan UIS Press pada 27 Februari 2026 di Dewan Kuliah Hassan Omar, UIS.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Latifa Bibi binti Musafar Hameed, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan, Jaringan Komuniti dan Industri) UIS. Program ini bertujuan mengetengahkan kekuatan UIS dalam kepakaran akademik, penyelidikan berimpak tinggi, pengurusan inovasi dan penerbitan ilmiah, di samping memperkukuh jaringan strategik antara akademia, industri dan komuniti.
Pengisian utama merangkumi pameran enam Pusat Kecemerlangan, RIMC dan UIS Press, sesi AI Talk, Inter-Varsity Muamalat Interactive Game, perbincangan meja bulat serta Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UIS dan INCEIF University.
Penganjuran program ini menyerlahkan iltizam berterusan Universiti Islam Selangor (UIS) dalam memperkukuh dan memacu ekosistem penyelidikan serta inovasi secara lebih strategik, berimpak tinggi dan mampan, selaras dengan aspirasi kecemerlangan institusi.
