Lawatan Mahabbah daripada Profesor Madya Dr. Umar Muhammad Noor & Tirmidhi Centre
![]()
Bangi, 17 April 2026 (Jumaat) – Dalam suasana penuh keilmuan dan semangat kolaboratif, Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) telah menerima kunjungan ilmiah daripada Profesor Madya Dr. Umar Muhammad Noor, pensyarah dan penyelidik di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), yang juga berperanan sebagai Felo Akademik INHAD. Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh jaringan akademik serta memperluas horizon penyelidikan dan penerbitan berteraskan disiplin hadis dan akidah.
Pertemuan ini turut diserikan dengan kehadiran En. Mohd Nawawi Abdul Razak, wakil daripada Tirmidhi Centre, yang bersama-sama menyumbang kepada suasana intelektual yang harmoni dan bermakna. Diharapkan pertemuan ini bukan sekadar simbolik, malah menjadi pemangkin kepada kolaborasi berterusan yang mampu menghasilkan impak besar dalam pembangunan program, pengukuhan penyelidikan, serta penghasilan penerbitan berkualiti tinggi. Sinergi yang terjalin ini diyakini berpotensi mengangkat lagi kecemerlangan INHAD sebagai pusat rujukan unggul dalam bidang hadis dan akidah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
