Iftar INHAD / Sadaqa Plate 2.0
![]()
Bangi, 10 Mac 2026 (Selasa) – Dalam keberkatan bulan Ramadan yang penuh rahmat, Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) dengan kerjasama Sahabat INHAD telah menganjurkan program Iftar INHAD / Sadaqa Plate 2.0 dalam suasana yang penuh kehangatan dan kasih sayang.
Program ini menghimpunkan warga INHAD bersama Sahabat INHAD seramai 20 orang, serta pelajar-pelajar asnaf UIS dalam satu majlis yang bukan sekadar berbuka puasa, tetapi menjadi medan menyemai ukhuwah, memperkukuh silaturrahim, dan menyantuni hati-hati yang memerlukan. Setiap hidangan yang dikongsi bukan hanya mengenyangkan perut, malah menyuburkan rasa syukur dan kebersamaan.
Dalam keindahan Ramadan ini, program seperti ini menjadi ruang untuk kita saling bermaafan, merapatkan jurang, dan memperbaharui hubungan sesama insan. Semoga usaha kecil ini diberkati dan menjadi asbab kepada lahirnya lebih banyak kebaikan serta kasih sayang dalam masyarakat.
